::Anda Pen' Skodeng ke::

Rabu, 9 Mei 2012

Rasaku rasamu..

Dear readers.. Ni ada satu cerita...sesaja nak tulis..tetiba ada idea nak tulis..maafkan sy jika ada byk kesalahan krn sy baru 1st time menulis cerita.. silalah komen..

Dari sudut jauh ku terpandang wajah yang aku kenali tidak lama dahulu..ya..aku betul-betul kenal wajah tu..wajah tu yang pernah aku tatap suatu ketika dahulu..diwajah aku terlakar senyuman..sebuah semyuman yang dah lama aku lupa bagaimana nak melakarnya..ya Allah..hati ni terkedu dan berseloka di dalam..ingin sahaja aku mendekati dia..tapi masih ingatkan dia pada insan kerdil ini? walaupun mata aku ni rabun tapi aku masih cam rupa dia.. orangya yang tidak terlalu tinggi dan tidak rendah,kulitnya pula putih kekuningan dan dia mempunyai sepasang mata yang ala-ala 'chinese look'..

Tanpa diduga lelaki tadi datang menghampiri ku..bertapa terkejutnya aku kerana dalam ramai-ramai manusia ini kenapa lenggok dan matanya menuju ke arah aku yang masih lagi terpaku? memang tak pernah aku fikirkan yang lelaki ini akan datang menyapa aku..dalam hati aku terusik,ingatkah lagi dia kepadaku yang dahulu kami hanya menyapa terkadang bertemu di selisih jalan atau tangga?itu pun hanya beberapa kali dan dah ditakdirkan dia akan berpindah-pindah tempat kerana desakan kerja dia yang perlu merantau dan sebelum pemergian dia dahulu dia memberi sebuah hadiah kecil kepadaku dan rakan-rakan seperjuanganku.

"Assalamualaikum, awak Qalesya kan?" dia menyapa aku,dengan keadaan muka aku yang merah dan terpingga-pingga kerana masih terkejut tadi aku sepantas kilat menjawab " yerp..ni Adam yang Traineer tu kan,macamana boleh ada kat sini?" aku membalas kata-kata dia kerana aku ingin memulakan perbualan agar dia lebih lama ada disisi ku.."datang trainig budak-budak kat sini lah.."balas dia..lalu dia seakan-akan datang menghampiriku dan dia mula berbisik " Alhamdullilah..doa saya selama ini dipanjatkan Allah"..huh...muka aku yg terpinga-pinga tadi terus berubah menjadi muka tertanya-tanya..tapi sebelum aku nak meneruskan soalan yang bertubi-tubi dalam minda aku ini dia berlalu pergi untuk menguruskan training yang dia sedang 'handlekan'..
Dalam hatiaku ini dah banyak tanda tanya dan soalan yang sedang menikam-nikam jiwaku untuk aku bertanya..tapi pada siapa nak diajukan soalan? pada dia kah? malu nya aku kalau aku yang mula bertanya..Petang itu,setelah berjam-jam persoalan yang bermain dibenak hatiku ini bertanya dia sekali lagi datang menghampiri aku,tapi kali ini aku berseorangan di parking kereta sedangkan kawan-kawanku yang lain sedang sibuk uruskan kaunter pendaftaran.."saya ada janji lagi yang belum saya tunaikan pada awak..dah lama saya berjanjikan?rasa berdosa pulak sebab tak tunaikan janji saya tu.."aku sekali lagi buat muka blurr.."janji??janji apa??"balasku sambil tersenyum..sedaya upaya aku ukir senyuman yang paling manis untuk dia..haha.."janji saya dulu nak belanja awak makan dan janji saya dulu nak pergi ziarah rumah awak waktu raya,awak tak ingat yer?"dia membalas dengan sejuta harapan padaku .."ohh...saya ingatkan awak juz nak main-main jer" balasku dengan penuh tatasusila takut-takut dia tersinggung dengan sifat kelupaan aku yang teruk ini.."taklah..saya maksudkan apa yang saya katakan,tapi masa tak mengizinkan dan saya pernah datang ke tempat awak sebab nak kotakan janji tapi awak dah pindah time tue,jadi saya hanya mampu doakan awak berbahagia dan diberi keredhaan Allah..itu jer yang mampu saya lakukan kerana saya tahu Allah akan jagakan awak untuk saya dan saya pasti suatu hari nanti saya akan bertemu awak jika awak memang ditakdirkan untuk bersama saya"dia mula diam dan sambil tunduk kebawah dia menyambung kata-katanya"Saya tahu awak dah dimiliki orang ketika kita bertemu dulu dan apa yang berlaku sekarang adalah kehendak takdir..Allhamdulillah Allah dah bukakan pintu hati awak untuk berubah menjadi wanita yang lebih solehah.." kata-kata dia ni buatkan air mata aku mula bertakung..nak dilepaskan nanti berderai pulak..Harini aku dah dapat segala jawapan kepada soalan yang dah lama hati ini nak ditanyakan..tapi tak tahu pada siapa nak ditanya..sesungguhnya hati ini begerak untuk berubah kerana sesorang yang ingin melihat perubahan kepadaku..seseorang selalu meminta Allah berikan yang terbaik untukku..Ya Allah..jahilnya aku kerana tak pernah terlintas pun dibenakku untuk mendoakan mualaf yang berada didepanku ini..sungguh hinanya aku sebagai seorang yang sudah lama Islam tapi hanya mendoakan kesejahteraan diriku dan tidak pula orang lain dan orang yang pernah aku sayangi..
"Awak,maafkan saya kerana tak pernah hadirkan awak dalam doa-doa saya,walaupun saya pernah ada perasaan pada awak,saya buang rasa tu jauh-jauh kerana takut ditolak..sepatutnya jika ditolak pun saya masih perlu berdoa untuk insan yang pernah hadir dalam hati saya..maafkanlah yer.." balasku sambil menitiskan airmata yg lembut membasahi pipi.."tak mengapalah..cukuplah sekarang saya bertemu awak dan awak tunggulah pinangan dari keluarga saya untuk awak..saya tak janjikan awak akan hidup senang tapi saya janji akan pimpinkan tangan awak disyurga kelak..InsyaAllah.."
nukilan rasaku rasamu..

3 ulasan:

zawani badri berkata...

Allah tahu yang terbaik untuk kita :)
moga Allah permudahkan urusan kita ye hihihi

zawani badri berkata...

Allah tahu yang terbaik untuk kita :)
moga Allah permudahkan urusan kita ye hihihi

Adriana Qalesya berkata...

Yup..In sya Allah...muga urusan kita dipermudahkan..hehe :-)