::Anda Pen' Skodeng ke::

Jumaat, 22 November 2013

Apa yang sedang aku fikirkan?



Aku tak tahu nak mula dari mana, tp setiap genap hati dan jiwa rasa nak berubah dan lari jauh dari hidup ini..
Aku sedih bilamana melihat keadaan dunia yang semakin kejam,manusia yang semakin bertuhankan wang dan harta..

Aku bimbang bagaimana keadaan aku nanti bilamana malaikat maut menjemput aku,adakah aku sudah bersedia ketika itu..?

Aku mahu menjadi seorang hamba..hamba yang sentiasa berjihad di jalan Nya..tapi bagaimana dan apa yang harus lakukan?

Tersentuh dan aku percaya setiap hati yang menyaksikan dan mengikuti kisah seorang Mujahidin Armahum Ahmad Ammar juga pasti tersentuh..

** Pembakar semangat..


Bagaimana mahu jadi seperti beliau? Cekal hati dan nurani untuk melangkah pergi dari zon selesa? Ya Allah bantulah hambaMu ini..

Aku bukan siapa2,
Tapi aku adalah hamba,
Aku mahu meraih,
Cinta dambaan Yang Esa,

Perjalanku tak tahu sampai ke mana,
Ilmu belum ada,
Malu aku terhadap mereka,
Sampai bila perlu ku berdiam saja..


Aku sedar aku berada di zon yang terlalu selesa,
mungkin satu hari nanti aku akan melangkah,
mencari kecekalan dan berubah...

T.T 

## 21 hari lagi aku bakal menjadi suri kepada suamiku..terlalu banyak yang tak terluah.

Muga Allah Sayang

Tiada ulasan: