::Anda Pen' Skodeng ke::

Rabu, 8 Januari 2014

: Rasa Syukur yang tak dapat di ungkap :

13.12.13


Alhamdulillah.
Sekali lafaz aku milik zauj ku,
Syurga bertukar tapak,
Redhaanya menjadi keutamaanku,



Buat Imamku,
Aku tahu diri tak sempurna,
Namun akan ku mencuba,
Menjadi bidadari Syurgamu,
Bersama kita mencari redha Illahi,
Agar bahagia di sana nanti.

Indahya Cinta selepas Nikah yang kita bina,
Muga sentiasa dalam keberkatan Allah hingga hujung nafas di dunia,,

Aamiin

Muga Allah sayang
Love Bidadari SyurgaMu

Jumaat, 22 November 2013

Apa yang sedang aku fikirkan?



Aku tak tahu nak mula dari mana, tp setiap genap hati dan jiwa rasa nak berubah dan lari jauh dari hidup ini..
Aku sedih bilamana melihat keadaan dunia yang semakin kejam,manusia yang semakin bertuhankan wang dan harta..

Aku bimbang bagaimana keadaan aku nanti bilamana malaikat maut menjemput aku,adakah aku sudah bersedia ketika itu..?

Aku mahu menjadi seorang hamba..hamba yang sentiasa berjihad di jalan Nya..tapi bagaimana dan apa yang harus lakukan?

Tersentuh dan aku percaya setiap hati yang menyaksikan dan mengikuti kisah seorang Mujahidin Armahum Ahmad Ammar juga pasti tersentuh..

** Pembakar semangat..


Bagaimana mahu jadi seperti beliau? Cekal hati dan nurani untuk melangkah pergi dari zon selesa? Ya Allah bantulah hambaMu ini..

Aku bukan siapa2,
Tapi aku adalah hamba,
Aku mahu meraih,
Cinta dambaan Yang Esa,

Perjalanku tak tahu sampai ke mana,
Ilmu belum ada,
Malu aku terhadap mereka,
Sampai bila perlu ku berdiam saja..


Aku sedar aku berada di zon yang terlalu selesa,
mungkin satu hari nanti aku akan melangkah,
mencari kecekalan dan berubah...

T.T 

## 21 hari lagi aku bakal menjadi suri kepada suamiku..terlalu banyak yang tak terluah.

Muga Allah Sayang

Jumaat, 15 November 2013

Kenapa saya suka Jumaat??

Allhamdullillah,

Syukur nikmat dan segala puji-pujian hanya pada Mu ya Allah..

Jumaat,

Kenapa saya suka Jumaat..

Bukan sebab esok Sabtu **sy bekerja yer Sabtu

Jumaat adalah penghulu segala hari.. Hari yang penuh keberkataan..
Saya rasa bahagia setiap kali Jumaat,

sebab..?

Harini bila kita selawat  Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad   sebanyak 300 kali... In sya Allah rezeki kita akan murah..jgn kita anggap rezeki tu hanya melalui wang ringgit shj.. tapi rezeki dtg dlm pelbagai bentuk.. and of course lah kesihatan yang baik serta senyuman yang terukir di bibir kita saban hari adalah rezeki yang terindah...

and...

Alhamdullilah..

setiap pagi Jumaat saya selalu dimurahkan rezeki apabila setiap minggu ada org belanja nasi lemak!! hihihih.. Hope kawan2 yang baca pun dimurahkan rezeki.. aamiinn~


Muga Allah sayang,



Isnin, 23 September 2013

# IBU

IBU...
DIRIMU ADALAH INSAN YANG TERBAIK PENAH ADIK KENALI..
JUA INSAN YANG SENTIASA BERADA DI KALA DUKA DAN SUKA..

IBU..
MAAFKAN ADIK JIKA SELALU MENYAKITIMU...
MAAFKAN ADIK JIKA KATA2MU SELALU KU INGKARI..
MAAFKAN ADIK TAK PANDAI JAGA HATI IBU..
MAAFKAN ADIK TAK JADI MACAM ANAK2 ORANG LAIN YANG BELAJAR HINGGA KE MENARA GADING..
TAPI..
ADIK BERSYKUR MASIH ADA IBU SEPERTIMU..
YANG SENTIASA
MEMAHAMI KEMAMPUAN ANAK2MU..
MEMAHAMI KECINTAAN ANAK2MU..

IBU..
SESUNGGUHNYA TIADA KATA DAN UCAPAN YANG BISA UTK ADIK UNGKAPKAN..
KERANA SETIAP PENGORBANANMU TAK  MUNGKIN TERBALAS HANYA DGN UCAPAN.. 
TAPI..
ADIK AKAN SELALU BERDOA UNTUK IBU..
MUGA ALLAH BAHAGIAKAN IBU..
DUNIA & AKHIRAT...

IBU 
TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANGMU,
TERIMA KASIH ATAS PERIT LELAHMU MEMBESARKAN KU DENGAN MENJADI GURU,RAKAN DAN IBU KEPADAKU..
APABILA ADIK NIKAH NANTI..AKAN ADIK JADIKAN IBU SEBAGAI TAULADAN..
KERANA ADIK BERBANGGA PUNYAI IBU SEPERTI KAMU...


ALHAMDULILLAH..

TQ IBU MASAKKAN ADIK PAGI2 UTK BAWAK BEKAL



muga Allah sayang..

Rabu, 11 September 2013

#100 days


Assalamualaikum..

Muga Allah permudahkan urusanku,tunangku dan keluarga kami untuk melaksanakan impian dan tuntutan kami.. aamiin~~ Mohon doa kalian juga yer..



Muga Allah Sayang

Selasa, 7 Mei 2013

::HIDAYAH:: part 2

sambungan part 1,  

klik sini


Niat aku bercerita hanyalah untuk berkongsi pengalam hidup yang mungkin anda semua sedang lalui.. maafkan jika banyak kesalahan ku semua yang indah datang dari Allah..dan semua yang cela dari diri yang serba kerdil ini..

Muga kita semua peroleh hidayah Allah..


Ujian Allah itu indah,
jika berpaksikan ibadah,
meneroka laut dalam bukanya mudah,
doa dan redha mestilah sampai kesudah..


Aku mula percaya..percaya pada perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia.Ini kerana segala bukti nya berlaku di depan mataku,sebelum ni lansung aku tak sedar. Hati terbuka luas apabila dugaan datang menyapa diri dan aku mula mengenal erti CINTA. Ya CINTA ILLAHI..paling Agung.Sesungguhnya Dia membuka pintu2 hatiku untuk terbuka luas bagi menerima hidayah yang maha besar..sebelum ini aku hanya mengikut kehendak diri dan nafsu.. tidak sedar pada siapa harus aku syukuri nikmat yang begitu besar ini..

DIA menghantar seorang hamba untuk menguji sejauh mana cintaku padaNya..Sejauh mana aku letakkan kepercayaaku padaNya,dan sejauh mana aku mengigatiNya kerana aku begitu lama lupakan Dia..begitu lama aku tak meletakkan kebergantunganku padaNya..

Pada mulanya aku mulai rasa terainaya dan rasa seperti suatu beban yang menghempap dada..rasa mula menular hingga hingga tiada lagi air mata yang tinggal..hati menangis tapi tiada luka yang nyata namun luka yang tersurat amatlah pahit dan pedih.Aku terlalu menyalahkan hamba itu dengan apa yang terjadi terhadap diriku sehingga aku lupa apa itu qada dan qadar serta alpa kenapakah ujian ini menimpa diriku?

Allhamdulillah Allah Masih sayang..Dia tidak akan datangkan ujian padaku jika DIa tahu aku tak mampu untuk hadapi dan sebenarnya Allah bukan sahaja mengujiku namun Dia juga melindungiku dari teranaiya oleh hamba sebigitu..DIa tahu apa yang terbaik bagiku..Setelah aku serahkan hatiku kepadaNYa dalam setiap doa dan istiqarahku aku mulai percaya Allah sedang membuka mata dan hatiku seluas2nya untuk menerima segala kebenaran dan kebenaran yang aku peroleh dari kekhilafan diriku sendiri.

Aku tahu aku tak pandai menilai kebaikan atau kepura2puraan jadi Dia bantu aku,kenapa harus aku persalahkan Dia? sedangkan Dia sedang membantu aku hanmbaNya? walaupun aku banyak tersimpang dan lalai dengan duniawi Dia masih membantu aku? Ya Allah sungguh besar dan beerti pertolonganMu buatku.. dan aku percaya ada seseorang yang selalu mendoakan kebahagiaanku dan hatiku itu kuat mengatakan ibuku lah insan yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak2nya..terima kasih ibu..

Ramadhan adalah bulan yang terbukanya pintu taubat seluas2Nya..bulan yang doa cepat dimakbulkan..Allhamdulillah..setiap hari aku menangis..setiap hari aku mengadu agar Dia beri pertunjuk padaku..agar Dia lembutkan hati2 hamba2 yang sedang menguruskan pertukaranku balik ke kampung..pada ketika ini aku tak sanggup utk tinggal bersendirian di ibukota,aku memohan pertukaran balik ke kampung.. sekali lagi Dia tunjukkan kebesaranNya padaku..mustahil bagiku pekerja baru mahu bertukar ke kampung halaman dapat bertukar sebegitu..namun aku percaya Allah Maha Mendengar..aku percaya hanya Allah sahaja mampu lembutkan hati insan2 yang menguruskan pertukaranku ini tidak perlulah aku merayu2 pada mereka..cukup sekadar aku berusaha memohon pertukaran dan setelah sebulan menunggu keputusan akhirnya aku dapat bertukar.Sungguh ajaib dan terharu aku atas segala pemberianNya.Percayalah.. Allah Maha Mendengar..kita hanya perlu bersabar dengan perancanganNya.. setiap kali mahu berbuka puasa aku akan berdoa dahulu supaya dapat bertukar kemudian barulah aku akan makan berbuka..aku percaya ketika itulah doa paling mustajab dan selepas maghrib aku akan membaca yassin sambil berdoa dalam hati..Allhamdulillah berhasil..(aku sekadar berkongsi agar kita semua mendapat apa yang dihajati)..

Setelah selesai bulan Ramadhan..aku sudah boleh memujuk hati sendiri..ibu tak henti2 memujuk aku agar bersangka baik pada Allah..dan aku mulai redha pada ketentuan Allah.. hatiku tidak lagi mencucuk lagi kesakitan..cuma terkadang apabila terkenang aku akan menangis sendirian..ramai yang selalu menasihatiku dan berpesan "Allah akan berikan yang lebih baik daripada sebelum ini cuma perlu bersabar" ..aku percaya pada setiap percaturan Allah..aku berserah dan aku hanya berdoa agar apa yang telah diambil akan digantikan dengan lebih baik..

Syukur setelah 6 bulan aku lalui saat gentir dalam hidupku ini ada seorang hamba Allah lain yang datang menyapa dan mengetuk pintu hati ku ini..Allhamdullilah..dia yang seperti Allah janjikan pada hambaNya..seseorang yang sangat jauh lebih baik dan seperti apa yang aku perlukan selama ini..dan kami dalam prosess untuk membina masjid hingga ke Jannah.. begitulah yang selalu kita dengar jika mahukan pasangan yang soleh aku perlu menjadi seorang yang lebih baik dan bukan cuma mengharapkan yang baik tanpa berusaha apa2..

Aku berubah dari sikit dan perubahan aku tidak mendadak..hati aku mula menjadi kosong pabila aku tidak lakukan seperti yang aku mahu..aku mula dengan memakai tudung menutupi dada kerana aku percaya wanita itu maruahnya akan lebih terjaga apabila tidak senang2 menjadi tontonan ramai..kemudian aku mula memproses setiap baju2 ku didalam almari..aku asingkan baju yang boleh dipakai keluar rumah dan tidak..aku mula membeli baju yang sedikit labuh dan longgar..seluar yang sendat sudah mula buat aku tidak selesa.. dan yang paling penting dan baru aku sedari ketika berusia 23 tahun adalah kaki ku juga adalah aurat..sebelum ini aku terlalu jahil..ibu pernah menyuruh tapi aku hiraukan kerana fikir kenapa perlu aku lakukan sedemikian..setelah aku fikir secara mendalam pakai dalam solatku barulah aku mendapat jawapan..aku tidak mahu kaki ini disambar api neraka..aku jugak tak mahu megheret keluargaku bersamaku.. aku mahu buktikan kasih sayangku dengan tidak menarik mereka dgn keslahanku cukuplah jika aku tak mampu untuk menarik mereka ke Jannah jangan pula aku menyusahkan mereka dengan dosa2ku..

Semua yang terjadi dalam hidupku ini adalah ujian dari Allah..dan kerana ujian inilah yang membawa aku pada perubahan diri..dalam setiap ujian yakinlah bahawa hidayah ada tersembunyi..jangan biarkan hidayah itu pergi begitu sahaja.. jika kita mengangap ujian adalah masalah dan bebanan maka kita tak akan berubah..angaplah ujian sebagai pendorong ke arah yang lebih baik.. aku  bukan manusia baik..tapi aku ada impian untk menjadi wanita solehah dan lebih baik..

 bersangka baiklah pada Allah..
Muga Allah sayang..