::Anda Pen' Skodeng ke::

Khamis, 8 Mei 2014

Rezeki , Amanah dan Tarbiah dari Allah

Allah menyanyangi dan menyenangi hambaNya 
Tidak akan mengecewakan sedikit pun hambaNya
Dia tidak memberi apa yg kita pinta..
tapi memberi apa yang kita perlukan..
Malahan apa yang diberi itu adalah berganda lebih baik dari apa yang kita pinta..

Bukan perihal rezeki sahaja perlu kita syukuri..
malahan setiap nafas dan detak jantung adalah nikmat yang perlu kita syukuri..
Keluarga,rakan-rakan dan segala yang berada disekeliling kita adalah tanda kasih sayang Allah pada kita..
Jika mereka baik mereka adalah tanda kasih sayang yang Allah pamerkan pada kita..
Tetapi jika mereka tidak begitu menyenangkan kita janganlah kita membenci kerana mereka ada tarbiah dari Allah untuk kita..

Belajar tidak mengeluh dengan segala tarbiah dari Allah..
Aku masih belajar mencintaiNya ..
Aku masih merangkak menerima tarbiah dari Allah..
Segalanya perlu ku tetrima perlahan-lahan..
Rezeki yang Allah beri terlalu banyak..sehingga aku rasa terlalu kerdil di sisiNya..

Setiap hari aku sedar terlalu banyak nikamat Allah yang aku selalu alpa..
Semakin hari aku semakin takut pada bayang-bayang sendiri..
Apa yang perlu aku jawab disana kelak..
Hari Perhitungan semakin hampir..

Impian aku hanya satu melahrikan zuriat yang akan berbakti pada Agama..
Zuriat yang menjadi mujahid menggornbankan diri untuk Agama..
Zuriat yang akan memimpin tangan aku dan keluarga ke Syurga serta menyelamatkan keluargaku dari kepanasan api neraka..

Muga zuriat ini lahir dari  rahimku ini..
Walaupun aku tahu aku tidak sesolehah mana utk mengimpikan sedemikian..

Namun aku masih seorang hamba yang mempunyai impian..
Muga amanah yang diberikan pada aku dan zauj ku ini dapat kami laksanakan dengan penuh adil dan kasih sayang demi mendapatkan redha Allah..

Aaaminn..

Muga Allah sayang

Tiada ulasan: